KEPENTINGAN PENCEGAHAN PENYAKIT BRUCELLOSIS KEPADA INDUSTRI TERNAKAN RUMINAN


Penyakit Brucella abortus atau Bruselosis pada lembu kerbau merupakan penyakit berjangkit yang mudah merebak dan penyakit zoonotik yang penting. Penyakit ini boleh menyebabkan keguguran, kemandulan, berkurangan pengeluaran susu di kalangan lembu dan kerbau. Jangkitannya boleh menyebabkan kerugian kepada penternak dan ekonomi negara. Bruselosis disebabkan oleh bakteria Brusella abortus dalam lembu dan kerbau. la bukan sahaja menjangkiti ternakan, malah ia juga boleh menjangkiti manusia (zoonotik) yang boleh menyebabkan kemandulan, demam berulang-ulang, orkitis pada lelaki dan boleh menyebabkan keguguran pada wanita hamil. Penyakit Brusella abortus merupakan penyakit yang diwartakan dan apabila ada kes yang disyaki dikalangan lembu kerbau ianya wajib dilapor dengan serta merta kepada Penguasa Veterinar.

Penyakit Brucellosis yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Brucella melitensis atau seringkali disebut sebagai penyakit melitensis, boleh menjangkiti kambing dan bebiri. Penyakit ini juga dikenali sebagai "Malta Fever" yang mudah merebak. la menyebabkan keguguran dan kemandulan kepada ternakan. Penyakit ini mendatangkan kerugian kepada penternak dan ekonomi negara kerana menyebabkan penurunan hasilan susu dan produktiviti ternakan. Penyakit ini adalah penyakit zoonotik yang merbahaya kerana boleh menyebabkan keguguran dan orkitis (radang buah zakar) pada manusia.




BRUCELLOSIS



Previous
Next Post »